Membuat Tempahan

Ambil Perhatian :)

  • Disarankan untuk membuat tempahan seawal 30 - 60 hari.
  •  WhatsApp atau SMS (No Call).
  • Tempahan self/wakil pick-up di lokasi terpilih.
  • Caj penghantaran (kos runner termasuk upah) akan dikenakan jika diluar lokasi terpilih.
  • Hanya agar - agar kering boleh dipos/kurier/bas.
  • Segerakan bayaran deposit bagi mengelakkan tempahan terbatal tanpa notis.
  •  Sekiranya mesej mengambil masa agak lama untuk dibalas, mohon bersabar untuk menunggu maklumbalas dari kami. Berkemungkinan diwaktu itu kami sedang ada urusan penting/diluar kawasan/sedang memandu/sedang menyiapkan tempahan. WhatsApp/SMS akan dibalas dalam tempoh 24jam.


Terma & Syarat

1.Tempahan hendaklah dibuat  seawal :-
  • 30 hari bagi tempahan agar - agar kering pukal/pelbagai manisan/gubahan manisan.
  • 30 - 60 hari bagi tempahan doorgift.
  • Tempahan lebih awal dari waktu dinyatakan diatas amat digalakkan.

2.WhatsApp/SMS ke 011 - 2859 5280 untuk membuat tempahan

Taipkan Nama - Lokasi - Tempahan Yang Ingin Dibuat - Tarikh Pick-up

3. Sila tunggu maklumbalas dari kami. Maklumbalas akan dibuat dalam tempoh 24 jam.
4. Invois/Sebutharga dan maklumat lanjut persetujuan tempahan akan dihantar melalui whatsapp. 

Serahan Tempahan
1.Tempahan boleh self/wakil pick-up/Pos/Runner.
Self/Wakil pick-up
1. Sila ambil tempahan dilokasi terpilih :-
  • Tesco Setia Alam ( Sabtu atau Ahad sahaja)
  • Stesyen Minyak Shell Sungai Kapar Indah, Kapar (Isnin - Jumaat)
  • Sekiranya diminta untuk membuat serahan tempahan pada hari Isnin - Jumaat di Tesco Setia Alam, pihak kami boleh memberi pertimbangan/kerjasama tetapi bergantung pada 'current work load' dimasa itu. 

Pos/Kurier/Bas
1. Hanya produk agar - agar kering sahaja boleh dihantar menggunakan pos/kurier/bas.
2. Kos pos/kurier/bas akan dikenakan bergantung kepada berat dan kawasan penghantaran.
3. Untuk pos/kurier, kami menggunakan perkhidmatan POS LAJU (bagi berat bawah 10kg) dan KTMD (bagi berat 10kg keatas).
4. Untuk penghantaran menggunakan bas, tempahan hendaklah diambil sendiri di terminal bas ekpress yang telah dipersetujui.

Runner
1. Serahan tempahan akan dilakukan oleh runner yang dipilih.
2. Kos/Upah runner ditentukan oleh pihak runner sendiri.
3. Pihak kami tidak mengambil apa - apa ''keuntungan'' dari syarikat runner terpilih.


Ulasan