Susahnya Nak Dapat Duit

Remembering the good old days…

(Susahnya nak dapat duit…)

Terkenang robi masa zaman kanak2 dulu. Arwah ayah robi sangat tegas orangnya. Arwah ayah memang telah mengajar kami adik beradik betapa susahnya untuk mencari duit. Arwah ayah bekerja sebagai salah seorang pembantu tadbir di JPJ cawangan Ipoh dan emak robi pula suri rumah sepenuh masa.

Dari seawal usia 7 - 8 tahun, robi telah mula dilatih. Seingat robi, waktu mula2 robi belajar cari duit semasa robi belajar mengaji di sekolah agama rakyat. Sekolah agama rakyat tu terletak bersebelahan dengan kubur. Waktu tu buah nangka kat rumah tengah banyak. Apa lagi, emak robi potong dan cucuk – cucukkan buah nangka ke batang lidi. Waktu tu robi kena paksa, kena paksa jual buah nangka.Harga jualan 20 sen dimana 1 cucuk lidi ada 3 ulas buah nangka.Kerana terpaksa, robi pun kenalah menjual.Robi jual pada kawan2 dan ustazah..memula memang tak syiok, tapi bila tengok ramai yang beli, terus jadi syiok giler.Tapi dalam syiok2 tu, habis biji nangka bersepah kat dalam dewan mengaji, sebab kawan2 yang beli buah nangka, buat main penggal2 kepala..pening kepala ustazah Maznah & ustazah Jamaliah dengan telatah anak2 muridnya (mintak ampun yer ustazah).

Dah jual nangka kat sekolah agama, pada hari sabtu & ahad pula, robi dan adik lelaki robi pergi jual buah nangka kat estate. Dalam estate kelapa sawit tu ada ramai pekerja. Tapi kebanyakannya kaum india dan Indonesia. Kami pergi ketuk pintu dari satu rumah ke satu rumah. Tanya lah aci2, minachi, thamby2 nak beli nangka atau tak. Tapi kat kawasan india nie, nangka kami tak banyak yang terjual, jadi robi dan adik pergi ke kawasan pekerja Indonesia pula. Dengan hanya pergi ke satu buah rumah sahaja, nangka kami habis disapu oleh pekerja Indonesia. Memang syiok giler..Hasil jualan kami pada hari tu dalam RM5 - RM8 yang kami dapat. Terasa kaya giler dapat duit sebanyak tu, maklumlah bebudak katakan.

Hati melonjak riang, robi dan adik kayuh basikal laju2.Tak sabar nak beritahu pada mak, dapat duit banyak, along dan abang ngah pandai jual nangka. Sampai ajer kat rumah, muka mak dah sengih2 sebab raga basikal kami tak ada satu pun baki nangka yang tak terjual. Hasil jualan hari tu, emak belikan kami adik beradik aiskrim kon. Huh..dapat makan aiskrim kon memang rasa dah jadi macam orang kaya masa zaman tu.

Tapi, sekarang nie..pokok nangka yang banyak membantu kami dah pupus dihalaman rumah.Sekarang nie, kalau kami nak makan nangka, kami pun kena beli..huhuhu…

Korang apa cerita? Pernah tak meniaga masa kecik2..rasanya mesti ada yang pernah kan :)

Ulasan