Remembering The Good Old Days...

Remembering the good old days…

Robi asalnya dari negeri Perak. Arwah ayah robi berketurunan ‘tolu’, emak robi pulak memang ‘pior’ orang Parit, Perak. Orang tolu nie gaya cakapnya macam orang minangkabau jugak, tapi adalah beza sikit – sikit bahasanya. Sebagai contohlah, kalau orang tolu bahasakan diri untuk perempuan, kami akan gunakan perkataan ‘kau’, kalau untuk lelaki pulak, kami akan gunakan perkataan ‘wa ang’. Tapi part robi nak cerita, nama – nama orang lama kat kampung robi nie. Kat kampung robi memang glamer guna nama gelaran (nama asal orang tak berapa tau sangat..hehehehe). Antara nama glamer robi masih ingat lagi Pak Pintok (arwah),Tok Seman Tondek (arwah), Haji Kochik, Pak Mail Kibat dan arwah ayah robi pun turut terlibat sama dengan nama gelaran nie. Semua orang kampung panggil arwah ayah robi dengan nama ‘Tompang ‘ . Kalau sebut nama Mohammad Shamsidi, memang ramai orang tak kenal, bila nama ‘Tompang’ disebut, semua orang kampung tahu.

Ikut cerita nenek robi, nama Tompang nie melekat kat arwah ayah robi pasal masa zaman arwah ayah robi kecik2 dulu, nenek & anak2nya hidup susah. Dalam proses membesarkan anak2 , nenek robi selalu menumpangkan ayah robi ke rumah jiran2 sementara nenek robi pergi keluar menorah getah (tak silap robi laa…menoreh atau buat kerja2 kampung yang lain, janji dapat duit). Nenek robi selalu cakap “aku TOMPANGKAN anak aku kat rumah kau’’bila dah selalu guna perkataan ‘tompangkan’ last2, nama arwah ayah robi terus melekat jadi nama ‘Tompang’…

Sekian saja cerita kali ini, terima kasih kerana sudi membaca...hehehehehe…

Ulasan