Pandangan hadapan
Teringin nak buat door gift yang sempoi cenggini? Kata orang perak, "peanut ajer yeong oii". Jom kita semak apa bahan - bahan yang kome perlukan.
Bahan - bahan yang diperlukan :-
1. Botol kaca yang tengah hot dipakai untuk dibuat bekas door gift - kat kedai kek/kedai buat barang hantaran ada jual
2. Doily paper - kat kedai kek/kedai buat barang hantaran ada jual
3. Sticker - pergi tempah sendiri kat kedai sticker
4. Kertas berwarna - kat kedai kek/kedai buat barang hantaran ada jual
5. Agar - agar kering pelbagai bentuk yang telah dibungkus seperti yang terdapat pada gambar dibawah (macam biasala, promosi itu perlu beb!!!, beli ajer kat sini)
Agar - agar kering berbentuk
cara - caranya :-
1.Botol kaca dibersihkan terlebih dahulu.
2. Masukkan kertas berwarna ke dalam botol (masuk sikit ajer, pandai2la korang agak)
3. Masukkan agar - agar berbentuk pulak ke dalam botol. Kat sini robi hanya gunakan 3 peket agar - agar.
4. Ambil sekeping doily paper. Letakkan doily paper ke atas penutup botol dan tutupkan ia bersama penutup botol.
5. Tampalkan sticker pilihan korang. Korang boleh tampal pada bahagian sisi botol atau pada penutup botol. Ikut suka hati korangla...
6. Udah siap, dan tunggulah hari bersejarah korang.
Pandangan sisi
Ulasan
Catat Ulasan