Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Gubahan agar - agar kering hantaran pertunangan, telah ditempah oleh salah seorang sahabat suami robi.
Banyak cabaran juga untuk menyiapkan tempahan ini. Sebenarnya 2 kali robi kena buat bunga sakura ni. Bunga yang pertama, robi dah siap buat dan dah siap kering..tapi disebabkan berlakunya aktiviti lari pecut 100 meter semasa mengangkat gubahan, habis gubahan bunga jatuh berselerak dan berderai..jadi terpaksalah buat bunga sakura untuk member suami robi buat kali kedua.
Doa kami, semoga majlis pertunangan berjalan dengan lancar hendaknya semalam...agak - agaknya bila plan nak buat kenduri kahwin? Orang tua - tua kata tempoh bertunang ada banyak dugaan..jadi jangan tunggu lama - lama ya :)
Ulasan
Catat Ulasan