Saja - Saja Nak Cerita

Asalnya, agar - agar kering kami telah dibuat dan dijual secara tak serius pada tahun 2010.Itu pun ambik order dari kawan - kawan terdekat memandangkan pada masa dan ketika itu robi masih lagi bekerja makan gaji di Damansara.Robi buat agar2 pun, sebab memang robi suka kerja2 macam nie. Dan lebih kurang dalam tahun 2010 juga, robi dah start buat door gift dan jual candy secara borong (korang boleh tengok kat blog nie

Masuk tahun 2011 - 2012, bila robi dah renti kerja secara rasminya (time tue tengah awal ngandungkan baby), robi berhenti sekejap dari buat agar - agar kering.Robi concentrate jual candy terutamanya marshamallow. Bila dah abis pantang pada bulan 8 tahun 2012, lebih kurang pada penghujung tahun 2012, robi aktif balik buat agar - agar kering tapi robi advertise kat blog nie lagi. Masa tue robi dah start perkenalkan agar - agar kering berperisa. Tak silap robi, waktu tu agar - agar kering yang ada hanyalah perisa oren, ros, lemon, strawberri, mangga, blueberri dan asli. Tapi, waktu tu memang tak berapa serius sangat robi buat agar - agar kering sebab baby masih belum mencecah umur 1 tahun lagi. 

Agar - Agar Dikeringkan Dengan Menggunakan Kaedah Semulajadi

Bila dah masuk tahun 2013, dalam bulan April...robi  buat blog dan FB Page agar - agar kering (sebab tak nak gabungkan dengan jualan candy yang dah sedia ada) . Bila dah ada blog dan Fb Page agar2 secara rasmi, robi dan suami start aktif membuat dan menjual agar - agar kering. Dalam tempoh selama robi buat agar - agar kering, rasanya ada dalam 3 - 5 kali robi telah mengolah & memperbaharui resepi. Tapi yang paling best, pada penghujung 2013, ada sorang kakak yang buat agar2 kering, telah berkongsi resepi dengan robi...suka sangat, tak lokek ilmunya. Semoga Allah memurahkan rezeki kak hendaknya. 

Agar - Agar Dikeringkan Dengan Menggunakan Oven Elektrik


Dulu..kami gunakan kaedah semulajadi (apalagi, guna matahariler) untuk mengeringkan agar - agar, tapi kerana rezeki yang telah Allah berikan, sekarang kami terpaksa menggunakan kaedah semulajadi dan oven elektrik bagi membantu untuk mempercepatkan proses pengeringan agar - agar kering. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer agar - agar kering kami, boleh hubungi robi di 017-2442713 (sms ajer ya) atau 011-28595280 (nie telefon pun boleh, sms pun boleh)

Ulasan

  1. Salam.. Macam mn nk keringkan gn oven ye? Bole share x?

    BalasPadam
  2. Aah... sy pun nak tya teknik keringkan agar2 dlm oven tu. Guna suhu berapa ya.. terlebih suhu t tercair pula agar2nya kan. Mudah2an dilimpahkan rezeki puan.

    BalasPadam
  3. Aah... sy pun nak tya teknik keringkan agar2 dlm oven tu. Guna suhu berapa ya.. terlebih suhu t tercair pula agar2nya kan. Mudah2an dilimpahkan rezeki puan.

    BalasPadam

Catat Ulasan