Assalammualaikum & Salam Sejahtera :)
Tak taulah kenapa, KENAPA ramai yang bakal pengantin suka order agar - agar kiut nie. Mungkin sebab agar - agar kiut nie adalah antara kuantiti yang paling banyak didalam 1 kilo kot :)
Kepada Cik Farina dan pasangannya, terima kasih banyak - banyak kerana telah membuat tempahan agar - agar kering berperisa sebanyak 30kg bersama kami. Sebelum - sebelum nie, dah banyak kali kami berurusan hal agar - agar kering dengan Cik Farina TAPI nielah kali pertama baru rajin dan cuba untuk membiasakan diri mengupdate status di blog.
Untuk Cik Farina dan pasangan, TAHNIAH kerana akan diijabkabulkan pada 19.10.2013 dan in shaa Allah, kak Robi dan pasangan (hehehehe...) akan datang bagi memenuhi jemputan undangan perkahwinan kalian. Doa kami, semoga kalian hidup gembira dan bahagia sehingga ke akhir hayat, dipanjangkan usia & diberikan rezeki yang banyak. Ameen.
Jom layan gambor - gambor yang sempat Robi snap :)
Ulasan
Catat Ulasan