I am so stress...itulah ayat yang banyak kali saya cakap semasa saya masih lagi bekerja makan gaji. Maunya tak stress...celik mata bangun pagi dah start buat kerja, tutup mata nak tidor pun kena buat kerja...kerja..kerja...perut pulak tengah memboyot pulak tu, maklumlah "Mak Buyung" katakan.
Nak dijadikan cerita, suatu ketika dulu sewaktu saya singgah mengisi minyak di Petronas Damansara, saya terpandang buku nie kat dalam kedai Mesra Petronas. 'Petua Menangani Stress" by Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Saya pun belilah buku nie dengan harapan dapat membantu saya menangani stress yang bermaharajalela.
Antara kemahiran untuk menangani stress yang telah saya pelajari didalam buku nie:-
- kita mesti kenal pasti tahap tekanan.
- kita mesti cari punca tekanan.
- muhasabah diri apa yang banyak kurangnya diri kita nie.
- perkemaskan kaedah mengurus emosi.
- kaji semula pegangan hidup.
- Seimbangkan kehidupan dengan menguruskan diri kita sebaik yang mungkin.
- kuatkan hubungan dengan Allah S.W.T
- baiki hubungan sesama manusia.
Nak tau jugak, apa yang korang lakukan untuk menangani stress???
Ulasan
Catat Ulasan