SMS pada 19.06.2013



REMEMBERING the good old days…

Petang tadi saya telah menerima SMS. sms yang bertanyakan bagaimana untuk menjadi pengedar agar – agar kering buatan kami. Katanya, agar – agar kering yang kami buat sangat sedap dan kurang manis (Alhamdulillah, terima kasih diatas komen yang diberikan). sms punya sms, explain punya explain, cerita punya cerita..baru saya terlintas nak tanya siapa nama tuan punya badan (apalah Robi nie, dah nak abis sms baru nak tanya nama).

Dan WOWWWW….rupa – rupanya saya bersms dengan bakal pengedar yang bukan sebangsa dengan saya, bukan seagama dengan saya. Dalam hati saya berkata, sungguh tak ku sangka, rupa – rupanya bangsa lain pun minat agar – agar kering rupanya. .dan  malam ini saya baru menerima sms dari nya lagi..bertanyakan bila pulak saya boleh bagi stok agar – agar kering..dia dah tak sabar nak jual, dia tak sabar nak promote. Katanya dia dah ada ready buyer…

Barulah saya ketahui hari ini,agar – agar kering bukan sahaja disukai orang melayu, tetapi turut digemari oleh bangsa lain..bukankah kita 1 Malaysia :) . Kepada Miss K, terima kasih saya ucapkan…sokongan dari anda, membuatkan saya lebih bersemangat!!!

Terima kasih
Robi :)

Ulasan