Saya Memohon Maaf - Robi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Hi semua..dah lama blog ni tak dikemaskini, sbb team kami agak sibuk menyiapkan tempahan door gift dan tempahan agar2 kering pukal. Maklumlah, bulan 3 kan ada cuti sekolah, jadi ramai yang ambil kesempatan untuk 'adakan majlis pernikahan'.
Hari ni Robi nak bagitau, selaku pemilik team Rubies Dried Agar - Agar Candy, Robi ingin memohon berbanyak maaf diatas kesilapan yang telah pihak kami lakukan kepada pelanggan semua.Mohon berbanyak maaf kerana kami terkadangkala agak lewat membalas whatsapp dan sms (maklumlah line telefon di tempat kami tak power sbb duduk di ujung tanjung, ayat whatsapp terskema sehingga ada yang tersalah paham dengan maksud hendak dinyatakan, jadual penghantaran agar2 terpaksa ditunda kerana ada masalah pengeringan agar2 dan macam2 lagilah yang mungkin membuatkan pelanggan semua boleh tersalah faham. Kami disini berusaha sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak tapi kami ini tetap manusia biasa, tak pernah lari dari melakukan kesilapan
Untuk tempahan Dried Agar - Agar Candy pada bulan 5 ' 2016 ni, team kami memang tak dapat nak terima tempahan lagi..sebab slot memang dah penuh. Lagipun kami sedang kekurangan 'manpower'. Kenapa kekurangan 'manpower'? Sebab bukan senang nak cari orang yang minat buat agar - agar kering kerana kerja buat agar2 nie agak berat dan leceh sebenarnya...(sapa yang pernah buat dan tengok cara buat agar2 kering, tahulah azabnya macam mana..hohoho..gurau2 jer)
Oklah, Robi tak dapat nak menulis panjang. Robi nak bagitau lagi....sebenarnya Robi nak bercuti panjang sikit..(robi ajerlah yang bercuti, team Robi, tak boleh cuti...hehehehe). Secara peribadi, sekali lagi Robi memohon berbanyak maaf diatas kesilapan yang telah Robi lakukan secara sengaja/tidak sengaja/nampak/tak nampak kerana Robi telah bercuti bersalin berkuatkuasa dari 23.03.2016 yang lalu.
Talian SMS/Whatsapp 011 - 2859 5280 tetap dibuka seperti biasa untuk anda semua membuat tempahan Dried Agar - Agar Candy. In shaa Allah, ada adik manis akan menjawab pertanyaan/tempahan dari anda semua
Terima kasih Daun Keladi kerana TERUS MENYOKONG RUBIES DRIED AGAR - AGAR CANDY




Ulasan
Catat Ulasan