Sepintas Lalu :)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Ramai yang telah bertanya kepada saya bagaimana saya telah menceburkan diri ke dalam donia business. Sedangkan saya dahulu bekerja dan berpendapatan tetap. Tak sayang ke tinggalkan kerja yang kita suka? Dah elok - elok kerja kat company construction oil & gas bertahun - tahun, tup tap tetiba renti kerja dan buat business. Bukannya business yang canggih manggih, tapi buat business agar - agar kering dan jual candy...ape ke bendernyer...

Jawapan saya mudah saja. Saya berhenti kerja dan buat business adalah kerana A.N.A.K Anak adalah perkara yang perlu saya berikan keutamaan. Kenapa saya cakap macam tue? Jika saya masih lagi meneruskan kerja di tempat kerja yang sayang hendak saya tinggalkan  perkara yang mungkin akan berlaku :-
  1. saya takut anak - anak tak kenal saya  >> sebab saya pergi kerja pada waktu pagi dan balik kerja pada lewat malam .
  2. saya takut anak - anak tak dapat kasih sayang dari saya >> sebab saya sibuk kerja tak tentu masa.
  3. saya nak jaga anak - anak saya sendiri >> sebab saya yang melahirkan mereka, jadi sayalah yang patut menjaga mereka..bukannya orang lain.
Hari terakhir saya bekerja makan gaji, saya menangis semasa saya bersalaman dengan boss saya.Saya terlalu berat hati untuk meninggalkan kerja dan tempat kerja yang saya suka. Boss saya adalah orang cina. Boss saya sangat - sangat baik dan dia adalah boss yang terbaik pernah saya jumpa dan bekerja bersama. Sehingga sewaktu entry ini ditulis, saya tidak pernah lost contact dengan beliau. Mr. Goh Teong Beng, saya teramat rindu untuk bekerja bersama semula. Terima kasih kerana tidak pernah jemu - jemu memberi ruang dan peluang kepada saya. Saya rindu dengan suasana kerja dahulu, saya rindu nak ikut Mr. Goh pergi meeting di Petronas. Tapi saya tahu, saya tidak boleh berterusan bekerja di tempat yang saya suka, saya sayang kerana saya telah memilih untuk mengutamakan keluarga, suami dan anak - anak. Saya minta maaf kerana terpaksa mengecewakan Mr. Goh dan mengecewakan Miss Tee, teman sekerja saya yang sangat baik dan memahami diri saya. Saya terpaksa menolak tawaran untuk bekerja bersama semula walau telah dioffer berkali - kali. Saya minta maaf kerana sebenarnya saya lebih sukakan business buat dan jual agar - agar kering, jual candy...walaupun apa yang saya buat sekarang ini memang dipandang lekeh, tapi saya ada punyai banyak masa untuk keluarga, mengemas rumah...pendek kata, saya buat kerja sebagaimana seorang suri rumah bekerja.

Walaupun perniagaan saya ini masih lagi bertatih, tapi In Shaa Allah, perniagaan yang kecil akan menjadi besar. Saya perlukan masa yang sesuai kerana anak - anak saya masih kecil lagi dan ada yang masih menyusu badan.

Terima kasih
Robi :)

Ulasan